Monday 14 April 2014

JENIS KIMPAL


MAKSUD KIMPALAN

Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan menggunakan suatu bahan khas, contohnya logam atau termoplastik. Proses pengimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya sebagai pengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan di samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Ini berbeza dengan pematerian, yang cuma meleburkan bahan sambungan (pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu sendiri.Kimpalan dilakukan dengan menggunakan pelbagai jenis kaedah. Antara kaedah kimpalan yang dikenalpasti adalah kimpalan dengan menggunakan nyalaan api, tenaga elektrik bervoltan tinggi, sinaran laser, tembakan elektron, kimpalan geseran dan ultrabunyi. Sungguhpun ia sering merupakan proses pengilangan, kimpalan boleh dilakukan dipersekitaran yang berbeza, termasuk kawasan terbuka, bawah air dan di angkasa lepas. Kimpalan merupakan usaha yang berpotensi merbahaya dan langkas keselamatan diperlukan bagi mengelakkan terbakar, renjatan eletrik, kerosakan penglihatan, menghidu gas dan asap beracun, dan dedahan pada radisai lampau ungu.

Friday 27 July 2012

Mutiara Kata...:)

* kejayaan pada masa hadapan  bermula dengan tindakan kita pada masa kini.Tiada yang lebih bermakna buat ibu bapa melainkan kejayaan kita..
*pekerjaan yang dilakukan bersungguh-sungguh berserta dengan minat yang mendalam pasti mencapai kejayaan yang cemerlang...
*untuk berjaya kita perlulah berubah ke arah sikap yang positif.Sesungguhnya pelajar yang takut berubah adalah racun kejayaan dan tiada jalan yang mudah untuk berjaya...
*merancang kejayaan dengan segala keperluan bagi menentukan matlamat dan bertindak secara bijaksana adalah satu jaminan untuk berjaya dengan cemerlang..
*adalah mustahil bagi pelajar itu mencapai kejayaan jika ia asyik memikirkan kegagalan.Kalau merekaboleh kenapa kita tidak  boleh ? Yang penting berusaha tangga kejayaan..
sekian terima kasih,babai..:)